Friday, 8 February 2013

aurat#solat#sah ke?#hmm...

salam olls...

hmmm.. aurat#solat#sah?#
since ddok mesir nie, antre habit dari org arab yg ktorg para akhawat follow is.....
 SOLAT WITHOUT TELEKUNG n JAGE WUDHU'
so, ktorg solat pakei apekah???
 ktorg akan solat dngn pakaian ktorg yg sedia ade lerr...
reason dye??
sbb :
1) kat mesir nie tempat2 awam (masjid,toilet n ect) slalunye xde kmudahan mcm tmpt amik wudhu' n toilet n others...klu ade pon sngtlah tidak mmbrangsangkan tok gune.... hehehe apekah yg x mmbrangsngkn tu?? dtgla mesir dlu yee.... tp klu kat shoppingmall ke, masjid2 besa' ke, adela kot...
2) secondly, ktorg kan pelajar...so kadang2 class start kol 11am smpai 4pm nonstop...so, zohor cmne???  xkn nk tinggl kn??? jup! org arab pon solat jgak...tp dorg kate dorg boleh qada'... so wallahualam... so, ktorg akn curi2 kuar kjap..ckp la ngn dokter nk g toilet ke apeke... n ktorg akn lari g masjid...so klu nk pkei telekung tuh mcm amik mse gak r en... so da terbiase la ktorg solat tnpe telekung....n ade jgak kakak2 senior yg solat kat blakang dewan kuliah je...
3) sbb da biase... n rsenye klu sape2 yg pkei telekung tu mcm pelik r org nengok....(hamboi... bnyknye mse ko jah nk pkei2 tlekung2 bagai) hehehe

TAPI..........

nie sume bkanlah persoalan nye harinie....tp psl aurat kite bile kite solat without telekung niehh....
hmmm act hanie tetibe t'gerak nk post psl nie sbb :

hanie: akak, engt x aritu kte ade tnye akk psl aurat kite time solat??yela kte nie kan solat dngn pakaian kte je

k.najwa: hmmm...yg mne ek??

hanie : ntah...kte pon da lupe... hehehe tu yg tnye tu..

k,najwa : mcmnie la, ape maksud aurat tu?? tutup sume kecuali muka n tapak tngn, x ketat2, kaann... so klu kite rase pakaian kte tu tutup aurat... so bolehla solat dngn pakaian tu....tp bagi akk  klu ikot pemahaman akk en, klu org tu solat pakei telekung or just pkei kain sbb katenye pakai suar ketat or ape2la...maknenye dye x tutup aurat la kan??? btol x??tp time solat je nk pkei kaen(jage aurat)...lpes abes solat???

hanie : (t'diam jup) ha'ahhh... btol2... klu rse da tutup aurat, npe nk pkei kaen bagai kn? btol jgak....
hmm.....(muhasabah jap)

tu diaaaa... tu la sbbnye hanie post pasal aurat solat sah ke???
hmmm....renung2 kan....
tepuk dada tanye iman....betol ke da cukup tutup aurat??? ke ade ropong2 sikit?? huh jawab!
klu da btol2 ttop aurat, nk solat kat mane2 pon msti boleh punyeee!xyah ade telekung pon xpe!
no ploblem! =3

nie ade perkongsian sket .antre ayat2 al-quran n hadith2 mngenai aurat wanita =3

Al-Quran,
 1) "wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnye (semasa mereka keluar) ; cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha pengampun, lagi Maha mengasihani ."
(surah Al-Ahzab:59)

2) "dan katakanla kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka , atau saudara-saudara mereka ,atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka , atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah , wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya
(surah An-Nur:31)

HADITH NABI(PBUH)

1) "Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya."
(riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)

2) "Allah merahmati wanita-wanita muhajirin yang pertama , apabila turunnya ayat (yang bermaksud) "...dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka...", serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada disekeliling mereka ) lalu bertudung dengannya"
(riwayat Al-Bukhari)

3) Bahawa Asma' bint Abi Bakr(kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis hingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda:"Wahai Asma', seorang perempuan yang telah sampai haidh(baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini"(sambil menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya).
(Riwayat Abu-Dawud)

p/s:  13 alasan wanita x tutup aurat =3 




Friday, 1 February 2013

pembuka pintu rezeki =3



Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
.
.
.

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
.
.

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
.
1.  Niatnya:
.
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
.
.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
.
5.  Berdoa

p/s: klau nak senang gne doa ni DOA SOLAT DHUHA(UNIC)

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

thanks to shafiqolbu untuk perkongsian solat dhuha dan kaifiatnye skali....=D

perkongsian =D


wahai manusia!bertaqwalah kepada tuhanmu dan takutlah pada hari yang ketika itu seorang bapa tidak dapat menolong anaknya,dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapanya sedikit pun.sungguh janji Allah pasti benar , maka jangan sekali-kali kamu terpedaya oleh kehidupan dunia, dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam (mentaati) Allah.

surah Luqman,
ayat 33

AYATUL KURSI =>


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w.. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya b ahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kita b "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang mem \bacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang di baca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. 

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sem bahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa mem b aca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bbin ' Amr r. a... , Rasullullah s.. a. w. b ersabda,



Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."